My Blog
No Matrik :265929
kursus Aplikasi Komputer Dalam Pengurusan.
Nama saya Hasrin Hasaat, berasal dari Tawau,Sabah. Sedikit mengenai diri saya, berkhidmat sebagai anggota polis selama 19thn dan formasi terkini bertugas di balai polis daerah ranau.Dalam blog ini saya akan berkongsi serba sedikit mengenai diri saya, tempat kelahiran saya, Tawau dan juga serba sedikit tentang Sabah .
|
Bersama rural poingka |
Tempat Lahir ku (Tawau)
Tawau (Jawi: ﺗﺎواو) merupakan nama sebuah bahagian, daerah dan juga bandar di Sabah. Tawau kini merupakan bandar ketiga terbesar di Sabah selepas Kota Kinabalu dan Sandakan.Bandar ini dihubungkan dengan Kota Kinabalu melalui jalan raya sejauh 500 km, laluan udara melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Tawau dan laut melalui Pelabuhan Tawau
Keluarga Hasaat
Ini Keluarga saya, kami ada 8 orang adik beradik. 5 orang lelaki dan 3 orang perempuan.(tak semua dalam gambar) walaupun kami semua tinggal berjauhan tetapi ikatan silaturahim itu sangat kuat.Hari Raya adalah di mana masa untuk kami semua berkumpul sekeluarga. 😍😍😍😍
Nano Stix
Sebelum ini saya perokok tegar selama 18tahun.Sekarang saya tengah berusaha untuk berhenti merokok dengan menggunakan produk nanostix ini..sdh guna selama sebulan dan setakat ini saya dapat menahan daripada hisap rokok.Di samping itu juga saya dapat berjimat di mana sebelum ini membelanjakan RM15.90 sehari untuk sekotak rokok dan sekarang hanya membelanjakan RM40 seminggu dengan menggunakan nanostik.
Hobi Ku
|
Aku yang paling hujung sebelah kanan (yg hensem sikit)
Di masa lapang, saya suka bermain golf, berjinak jinak dengan golf sejak 2 tahun yang lepas. Ia juga merupakan salah satu aktiviti riadah yang bagus untuk kesihatan. Maklumlah semenjak saya cuba untuk berhenti merokok saya pilih untuk mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah
Keretaku
Meminati dunia modifikasi kereta jenis compact..dengan membina jentera enjin kelisa bernadikan turbo 1.3cc badan kereta jenis gino kacukan serta bersalutkan cat "Candy Red"..turut menyertai beberapa auto show kategori keicar.
|
Sabah Tanah Air ku
|
Paling sporting ni beliau
|
Sabah ialah satu daripada 13 negeri yang terdapat di Malaysia dan merupakan negeri kedua terbesar di Malaysia selepas Sarawak yang terletak di utara pulau Borneo, iaitu pulau ketiga yang terbesar di dunia. Ibu negeri Sabah ialah Kota Kinabalu, yang dahulunya dikenali sebagai Jesselton. Sabah juga sering dirujuk sebagai "Negeri di Bawah Bayu" kerana kedudukan negeri tersebut yang sangat strategik di bawah laluan angin monsun dan tidak pernah dilanda ribut taufan, kecuali beberapa ribut tropika berskala kecil.
Penduduk Sabah terdiri dari berbagai-bagai kaum dengan latar belakang kebudayaan masing-masing. Penduduk aslinya terdiri daripada sekurang-kurangnya 30 kumpulan dengan menggunakan lebih dari 50 bahasa dan tidak kurang dari 90 dialek. Di antaranya adalah Kadazandusun, Bajau, Murut , Lun Bawang/Lun Dayeh , Kedayan, Bisaya, Irranun, Rungus, Kimarang, Kwijau, Lundayeh, Ubian, Binadan, Orang Sungai, Tatana, Tagaas, Brunei, Suluk dan lain-lain
Sabah juga terkenal di mana terletaknya gunung yg tertinggi di Asia Tenggara iaitu, Gunung Kinabalu, juga pulau-pulau yg cantik dan hutan simpanan yg masih terpelihara sehingga hari ini.
Gunung Kinabalu
Gunung Kinabalu terletak di Sabah, Malaysia, dengan ketinggian 4,095 mdpl. Gunung ini merupakan gunung tertinggi di Pulau Kalimantan dan tertinggi kelima di Asia Tenggara.
Gunung Kinabalu terdiri atas 4 kawasan yaitu hutan Bukit, hutan atas, hutan Montane dan Hutan Ericaceous atau hutan gunung.
Gunung Kinabalu merupakan lambang kebesaran penduduk yang tinggal di Sabah. Penduduk Sabah menganggap Gunung Kinabalu dapat memberikan semangat juang dan persatuan mereka. Gunung Kinabalu banyak menyimpan cerita dan kisah-kisah misteri. Menurut kepercayaan masyarakat Kadazan Sabah, Gunung Kinabalu merupakan tempat bersemedinya jiwa mereka setelah meninggal dunia.
Pulau Sipadan
Pulau Sipadan, merupakan salah satu pulau yang paling menarik di Sabah, ia juga menarik banyak pelancong untuk melawat Sabah, kebanyakan dari luar negara.Pulau Sipadan juga di iktiraf sebagai salah satu pulau yang tercantik di dunia
Pulau Sipadan ialah sebuah pulau lautan berhampiran dengan Semporna, sebuah bandar di pantai timur Sabah, Malaysia. Pulau Sipadan merupakan satu-satunya pulau samudera di Malaysia daripada batu kapur dengan ketinggian 600 meter dari dasar laut.Pulau Sipadan terkenal sebagai satu pilihan tempat bagi aktiviti menyelam skuba (scuba diving) antara yang terbaik di dunia. Mengikut keputusan undian umum yang dikeluarkan oleh organisasi tunggal bagi pengundian 7 keajaiban terbaik dunia (New 7 Wonders of Nature votes committee), Pulau Sipadan telah tersenarai antara 77 bentuk muka bumi yang ajaib dan terbaik dunia pada tahun berakhir Julai 2009
Rumah Tradisi Etnik Di Sabah (Rumah Brunei)
Dalam blog ini, saya ingin berkongsi tentang rumah tradisi bangsa Brunei. Baru baru ini saya berkesempatan melawat Muzium Sabah di mana saya dapat belajar lebih mengenai masyarakat kaum tradisional Brunei. Masyarakat Brunei menetap di kawasan Pantai Barat Sabah seperti daerah Papar, daerah Membakut, Sipitang dan Labuan. Mereka tinggal berhampiran dengan sungai dan bekerja sebagai nelayan dan petani. Ciri yang membezakan rumah suku kaum lain adalah bentuk jendela atau tabuk yang panjang.
Struktur rumah Brunei terdiri daripada tiga bahagian iaitu pantaran, langgar, dan tambak. Serambi iaitu pantaran merupakan tempat berehat, langgar berfungsi sebagai ruang tamu, bilik tidur untuk anak dara, manakala tambak atau dapur merupakan tempat memasak, menyimpan alat memasak seperti tunku, periuk dan lain-lain. Bilik mandi dan juga tempat membasuh kain terletak di luar atau sudut tepi rumah
Link video semasa saya melawat Muzium Sabah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan